Thursday, December 30, 2010

PM umum Jumaat Cuti Umum

PM kita tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.

Friday, December 24, 2010

CINTA OH CINTA....


Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kita bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh kita dan kita tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnya....

Wednesday, December 22, 2010

CUTI-CUTI






Wah sedar2 suda hujung tahun…..ni masa utk bercuti last year sy cuti di Ranau sempat jgak pi jln2 di sabah Tea, tgok2 ikan di kg Luanti Baru, dan tdk ketinggalan mandi di kolam air panas poring

Monday, December 20, 2010

TIKET......

Bismillahirrahmannirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Apa khabar temanku sekalian? Mudah-mudahan semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat & diredhai ALLAH SWT senantiasa. Amin.

Saya nak tanya nie, mau masuk syurga tak? Mesti korang semua mau kan.. Saya pun mau masuk syurga.. Sebab syurga itu indah dan abadi. Kekal selamanya. Tapi kawan-kawan harus ingat, syurga tu, bukan free tau nak masuk sana. Kita kena kerja keras. Banyak kebaikan yang perlu dilakukan. Ibarat kita kerja la. Setiap bulan tu, kita akan tungkus lumus bekerja untuk diri kita, untuk keluarga. Dan di penghujung bulan, kita akan mendapat gaji. Begitulah juga kehidupan di dunia nie. Di dunia nie, kita kena kerja, beribadah kepada ALLAH SWT, solat 5 waktu, puasa, zakat, bersedekah, sampaikan dakwah, sentiasa berpesan-pesan. Di akhirat kelak, ALLAH SWT pasti bagi kita ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah kita kerjakan. InsyaALLAH.

Kawan-kawan kena ingat, hari akhirat tu benar tau. Hari akhirat, hari kebangkitan & hari perhitungan itu semuanya benar.. Seperti firman ALLAH SWT didalam Al-Quran ;
“Sungguh, hari kiamat itu akan datang. Aku merahsiakan (waktunya) agar setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang telah dia usahakan” Surah Taha : Ayat 15.

Kan Rasulullah SAW telah meninggalkan kita dengan dua sumber yang penting untuk kita pegang, Al-Quran & Sunnah. Sudah terang lagi bersuluh ALLAH SWT telah nyatakan didalam Al-Quran tentang kebenaran hari Kiamat itu. Namun, mengapa sifat kita, amalan kita, ibarat seperti kita ragu-ragu dengan hari itu? Mungkin kita katakan, ya, hari Kiamat itu benar. Saya percaya. Tapi bersediakah kawan sekalian? Cukup sediakah kalian semua untuk dihitung ALLAH SWT? Bila dibayangkan keadaan kita di alam seterusnya.., ALLAHUAKBAR, takut!! Semua itu tidak dapat dibayangkan.. Dengan amalan kita yang terkumpul hari ini, cukupkah? Diterima ALLAH kah? Wallahualam.

Sahabatku yang dirahmati ALLAH SWT sekalian,
Indahnya ciptaan Tuhan yang telah menciptakan wanita-wanita di muka bumi ini. Dari HAWA sehinggalah kita, wanita itu cukup sempurna. Perhiasan dunia yang terlalu mahal harganya. Tapi kini, dimana letaknya kemahalan itu? Dimana harga kita? Tanya diri kita, mahal kah kita? Sempurnakah aurat kita?

Wahai wanita, gadis, yang cantik, manis & sopan santun,
Tutuplah aurat kalian. Tutuplah. Tutuplah! Saya tahu, kamu semua cantik. Saya tahu kamu semua manis. Saya tahu kamu semua sejuk mata memandang. Tapi, adakah jasad ini milik kita? Adakah muka ini milik kita? Tangan ini, kaki ini, mata, hidung, mulut, semua itu..adakah milik kita? Tidak kan… ia milik ALLAH!! Jadi kenapa tidak tutup aurat..? Tak malukah? Tak malukah tunjuk barang milik ALLAH sesuka hati? Tidak segankah kamu wahai wanita terindah untuk menghiasi mata-mata lelaki yang kita tidak tahu hati budinya. Ia diibaratkan seperti, kita kehilangan hp atau rosak, lalu kita pinjam hp kawan kita. Kawan kita pulak, pinjamkan hp yang canggih. Bila jumpa dengan teman lain, pasti dia tegur, ‘wahh, hp baruuu.. hp lawaaa’. Kita pun mesti cakap, ‘eishh taklah, ni pinjam je, hp aku rosak’. Mesti rasa malu gila-gila sebab kawan kita puji bukan barang hak kita, tu pinjam je kot. Bukan kita punya. Macam tu lah aurat awak-awak tu. Tu ALLAH punya. Kenapa nak biar lelaki tgk, suruh lelaki tgk, suruh lelaki puji. Jangannn.. Mata tu, jaga penglihatan. Itu hak ALLAH. Jangan nak tgk benda-benda sesuka hati ja. Tak malu kah? ALLAH pinjam kan, then nak buat sesuka hati. Janganlah…. Beringat lahhh…

Friday, December 17, 2010

JELAJAH SABAH

Alhamdullilah....akhirnya sampai saya sampai juga ke kota kinabalu, jauh penjalanan selama 6 1/2 hari bermula dari kk menuju ke sandakan seterusnya kinabatangan, lahad datu, tawau, semporna dan yang last sekali ranau....jauh perjalanan macam-macam yang dilihat ada yang manis tidak kurang juga yang pahit...yang manis bila berkesempatan berjumpa dengan kawan-kawan lama dan yang pahit tu bila menahan kencing untuk perjalanan yang jauh...tapi apa pun perjalanan kali ini semestinya best dapat melihat daerah-daerah kecil sabah juga sempat untuk singgah melihat ikan besar di floating semporna....

Tuesday, November 9, 2010

REDHAILAH KEPERGIANNYA

"Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu"

Monday, October 4, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Ditulis oleh Hj Abdul Samad: