Thursday, May 3, 2012

CERITERA CINTA KITA


ANAK KITA DAH BESAR HUHU....

Ceritera Cinta Kita, mungkin 2 patah ayat didepan dipinjam dari lagu duet Rio Febrian dan Jaclyn Victor tapi kisah ini bukan kisah mereka tapi kisah aku bersama si dia yang berkasih tetapi dilitupi oleh awan mendung menjadikan kami sebuah kisah yang kini tidak lagi menyinar jugak tidak lagi berseri untuk menjadi tatapan umum dan menceriakan suasana, dan ayat dibawah ini apa yang abang coretkan untuk mengimbau kembali kenangan kita :-

~ sayang tau tak bila kita usha-usha di FB?
-          2hb Disember 2010

~ selepas 1 tahun barulah kita dapat berjumpa, pada bila?
-          6hb januari 2012

~ sentuhan pegangan tangan antara kita yang pertama pada?
-          7hb januari 2012matahari pun tak terbit lagi time tu

~ tau tak apa yang best dalam hidup abang?
-          Nombor kereta abang 639, kebetulan pula tarikh lahir sayang 6hb march 91, tapi yg nombor 1 tu hilang, tak pa la biarla 1 tu symbol SAYANG abang untuk sayang yang satu-satunya dalam hati abang…time tu abang Tanya sayang berapa bintang nak bagi abang, utk ayat tu? Sayang kata tak nak bagi bintang cukup sekadar bagi hati pada abang.
-          Tapi sayang tipu! sayang tak bagi hati sayang pada abang. Sayang biarkan abang hilang,hanyut dalam arus perasaan yang kita cuba cipta bersama. Sayang biarkan abang tergapai-gapai, tapi tak pa la adat bercinta memang macam tu kan. Dalam kita hanyut dibuai perasaan pasti ada suatu hari kita akan berduka, bak kata pepatah ni “semua yang bermula dengan Hello pasti berakhir dengan Good Bye”

~ 16hb januari 2012 abang try call tapi sayang tak angkat abang sms tapi entah mesej keberapa baru sayang balas, sayang kata “baru lepas mandi….xda test…sorry bng dalam beberapa ari ni tension jak tak mau orang ganggu….dalam bilik pun diam-diam jak..huhh” abang balas pulak “ok thank at least ada jgak balas sms, sorry klu abang buat salah” sayang tau apa yang sayang balas? “ abg tak salah apa-apa pun…dun worry” then abang balas sms “ ok apa pun abang tetap sayang good nite” sayang tau tak sayang balas apa? Sayang balas macam ni “lebiu…nite J “ abang rasa happy sangat-sangat time tu tapi tak sangka happy tu adalah happy yang terakhir sebab lepas tu abang dah tak dapat mesej LEBIU lagi, tu la mesej love yang terakhir dari sayang….

~ sayang tau tak sehingga hari ini 3 mei 2012 abang masih simpan semua mesej kita….
dan kini ia menjadi sebuah kisah yang disebut CERITERA CINTA KITA

"Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu”

No comments:

Post a Comment