Tuesday, May 8, 2012

BUKAN MUDAH MEMADAM MESEJ DARI MU

pic ni i pinjam

Ayat ni saja aku nak publish, sebenarnya sudah lama aku simpan bila cek-cek balik rupanya ada yang belum aku publish lagi hehehe harap anda semua enjoy baca cerita ni...... :-p

Bagi ku bukan mudah untuk memadam sesuatu mesej tu.....lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal hati.....aku masih menyimpan mesejnya hingga hari ini....tapi ada mesejnya yang tanpa disengajakan sudah terpadam....aku jadi tidak ketentuan akibat kelalaian ku menyebabkan mesej tu terpadam, satu kesalahan yang aku rasakan tidak sepatutnya berlaku walaupun hanya setakat 1 mesej...kerana ia adalah penentu hala tuju hati ku dimasa depan....kesalahan ini umpama aku telah membunuh orang tanpa sengaja atau niat...YA MEMBUNUH HATI ku sendiri.....percayalah walaupun mesej tu telah terpadam tapi aku masih mampu menghafal setiap baris ayatnya....kerana aku sudah menyimpannya didalam kotak HATI ia adalah mesej terakhir yang aku terima 120116.......
kata-kata ni saya buat khas untuk kamu yang pernah bertakhta dihati walaupun ketika ini aku mengembara didalam hutan belantara :

RASA RINDU
bagaimana untuk aku
menyampaikan rasa rinduku
tiada apa yang ada disini
diri ini hanya mampu berpesan
pada angin malam...
dan meluahkan rasa rinduku
pada cengkerik yang cerdik bercerita...
air sungai pun memahami kesedihan
hati aq kala ini
mengharap pada bayu senja hutan
untuk menyampaikan rasa sayang pada mu....

No comments:

Post a Comment