Tuesday, May 3, 2011

SENYAP JE, MANA HILANG???




Hai assalamualaikum lama sudah nda update kan, nasib belum kena delete lagi blog ni, sebenarnya bukan nda mau update tapi busy memanjang ari tu outstation pi pesta kalimaran di Tenom 5 hari jugak di sana, lepas tu rehat skejap outstation lagi pi pesta regatta lepa di Semporna 8 hari skrg ni baru la ada masa nak update sikit tapi broadband ni lagi buat hal sakit jugak la hati aq ni punya la lembab buka FB pun balik-balik error… hurm waktu promote hari tu bukan main lagi cakap turbo la 3G la & bla..bla…bla… lepas tu dah la lambat pakai quota la pulak dulu kata unlimited quota sekarang ni hantu pulak nda pa nanti aq rasa macam panas lagi aq nak masuk dalam news paper MUKA DEPAN…..

Kita buka la cerita baru hari tu time pi Tenom ada cerita sebalik mee cap 3 udang time snap ambik gambar tiba-tiba ter snap sorang pompuan cantik mula nda la perasaan sangat tapi bila malam time rehat-rehat di hotel bila tengok balik pic dalam camera woww….. ada pulak pic pompuan x di kenali hehehehe so last day aq di Tenom tu aq nekad BERABISSS cari orang tu smpai dapat hehehe akhirnya dapat la facebook dia bukan apa Cuma nak tambah kenalan (padahal mau cari calon tutt……)

Balik dari Tenom rehat beberapa hari sebelum jalan lagi ke Semporna, hehehe be4 jln aq beli Sun Block sebab aq tau Semporna kawasan tepi Laut mesti Panas heheehe…best jugak la diSemporna seafood di sana nda jgak la murah macam orang cakap boleh tahan jugak la harga dia tapi serius memang panas nasib la aq ada beli protection utk kulit aq kalau x balik KK mesti aq serupa orang seberang hahaha….apa yang best di Semporna ialah aq join crew film & documentary pi shooting hehehe merasa jugak la jadi orang film walaupun x dapat jd pelakon….

Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT HARI WANITA


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA YG KE-100, pejam celik pejam celik dah tiba hari wanita sedunia yg ke-100 tak sangkakan sempena sambutan yg ke-100 ni dah bayak yang wanita capai syukur hari ini ramai yang berjaya itu adalah wanita kini wanita bediri sama tinggi duduk sama rendah dengan kaum lelaki, dalam era globalisasi ini ramai wanita dari negara lain yang tidak dapat mengecapi kebebasan maupun politik, perniagaan atau apa jua bidang ini kerana ada lagi segelintir manusia yang masih menidakkan kemampuan wanita, jadi bersyukurlah anda sekalian wanita-wanita di Malaysia kerana di bumi bertuah ini anda adalah wanita yang bertuah kerana anda bebas bersuara, bebas berdiri dimana jua......anda berdiri di bumi yang BEBAS.....sama-sama lah kita menjaga kebebasan ini agar ia akan terus terpelihara.....

Ingin saya ingatkan kepada wanita-wanita setinggi mana anda berdiri sejauh mana anda melangkah anda adalah wanita yang mana bila berkeluarga nanti patuhilah suami anda kerana suami itu ketua keluar hormatilah ia kerana tanpa ia bagaimana mungkin anda akan sampai ke syurga.....walau anda adalah bos di tempat kerja tapi bila dirumah anda adalah isteri yang wajib/patuh kepada arahan suami insyaAllah anda akan menjadi isteri soleha....

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Album : Impian Kasih Munsyid : In-Team

MELIHAT TELATAH RAKAN


hahahaha adoi kenapa la ketawa aq ni tak boleh kontrol.... ye la bila kawan-kawan opis tengok Playful kiss sy pun join tengok sekali nah ko.... ketawa berdekah-dekah memang tak boleh kontrol, cerita ni sy nak bagi 4 1/2 bintang hehehe hampir-hampir nak jadi perfect cuma kadang-kadang tu ada yang boleh di perbaiki lagi tapi saya pun syok sgt dengan cerita ni, walau pun sudah berapa minggu sy habis tenguk tapi smpai sekarang kesan cerita ni tak boleh lupa kadang-kadang tu saya pandai senyum sendirian...argh.....tak apa jugak kan kalau benda tu manis apa salahnya kalau kita ingat jadi tak la bosan sangat hidup kita hehehehe.....

Tuesday, March 1, 2011

HARI YANG SUKAR

KESUKARAN PERTAMA - mula2 dikejutkan dengan pangilan telefon pagi2 buta, adik sy minta ambil di kk bila sy tanya mana motor dia kata nanti kita cerita....sy punya la rasa macam disembur dengan minyak panas...tapi nak buat apa kan benda sudah jadi kita pun bukan minta benda ni tapi bagi sy benda ni boleh elak kalau adik sy dengar cakap, sy dah tegur jgn jalan tapi dia nak jugak na rasa la accident siap dia tinggalkan motot kat jalan lg adoi bodohnya sy rasa kalau dah tau takde lesen kalau eccsident ke apa ke kalau nak lari, lari dengan motor jgn tinggalkan sekarang sy pulak la yang kena settle kan motor ni di balai polis.....

KESUKARAN KEDUA - adoi sakit nya kepala ni, demam lagi ni mesti demam terkejut ni semua ni pasal adik sy buat hal la kalau tak sy mesti sihat tp tak pe benda dah jadi so kita redha ja semua ni berlaku atas kehendakNya....

RUMUSAN - kalau orang lebih tua dari kita bg nasihat kita kena dengar kalau kita tak nak dengar pun kita pura2 dengar jela kan, kalau orang tua cakap jangan buat jangan la buat kalau kita buat jugak mesti ada benda yang tak baik akan jadi....tapi apa pun kepada orang tua kalau ada benda tak baik dah jadi tak payah la kita angkat tangan atau kaki kita sebab semua tu tak kan dapat diubah suda walaupun kita pukul dorang semua tu tak kan dapat diubah so kita kena settle kan dengan penuh hemah......kalau sakit jangan lupa jumpa Dr. jangan pandai2 makan ubat sembarang n kalau dah suruh makan 2 biji sekali makan tu jangan pulak pandai2 makan lebih hehehe....

Tuesday, February 22, 2011

KERETAPI SABAH




Buat pertama kalinya dalam hidup, aq naik kereta api yang betul2 punya kalau sebelum ni aq hanya naik kereta api mainan di Jerudung Park tapi kali ni bkan kat mana-mana Park tapi di Jabatan Keretapi Negeri Sabah, best jgak sebab kereta api yang ni dia tidak kuat gegar tambah pulak masih baru walaupun hakikatnya ni keretapi 2nd hand tapi masih baru kita gunakan hehehe…. Aq bangun dari tido tadi pagi jam 4.45am kalau ikut kata bos aq bangun jam 4.30am tapi aq rasa lewat 15 minit tu tak pe la kan bukan lewat sangat pun hehehe smpai kat stesen keretapi tu lebih kurang jam 5.12am, hurm punya la lama kami tunggu kaunter tu buka, jam 6.30am baru la kaunter buka…..kami sempat jugak la breakfast dekat kantin tepi stesen tu sebab keretapi tu jln jam 7.45am hahahaha maknanya aq tunggu 3jam untuk melakukan perjalanan pertama aq dengan menaiki kereta api WOW sejarah betul hehehetapi tak pea q puas hati jugak la sebab suasana dalaman selesa lagi best penumpang kat dalam kereta api tu semuanya peramah mereka macam satu keluarga…..akhirnya lebih kurang dekat-dekat jam 10 am kami sampai di Beaufort abang pekerja kerata api tu cakap jam 11am masa untuk bertolak balik ke kota kinabalu hehehe pejalan yang singkat, hanya sejam kami ada masa untuk jalan-jalan di Beaufort, dalam perjalanan balik tu kan adalah cerita…. Cerita yang pertama ada pasangan Mat Salleh yang baik hati dia bagi kat kita orang satu gerabak coklat hehehe walaupun Cuma sorang sebiji tapi besar nilainya apatah lagi orang yang bagi tu adalah pelancong asing hehehe thanks to erm entah la apa nama dia arr, lepas tu cerita kedua pulak kereta api yang kami naiki accident berlanggar dengan sebuah kereta no plat dia XX2224XX (yg ditanda X tu rahsia) wow boleh tahan jugak rosak kereta tu tapi Alhamdullilah tiada kemalangan jiwa apa pun next time hati-hati pada pemandu yang memasuki kawasan lintasan kereta api sebab kereta api ni bukan macam kereta besa yang beloh berhenti terus bila ada kereta besa dekat depan tu hehehe…..

Saturday, February 19, 2011

KE MANA AKU MENGHILANG



Rasa macam ada sesuatu yang ndak ngam dalam diri aq….hurm kenapa aarr mungkin sebab aq masih terbawa-bawa lagi dalam cerita, aq dapat rasakan yang aq wujud dalam cerita tu, walaupun aq tidak membawa apa-apa watak tapi aq seolah-olah sebahagian dalam cerita tu, ya jasad aq ada di luar namun roh aq sepertinya tidak bersama jasad aq, ya roh aq sudah terbawa kedalam cerita tu, bila si watak hero & heroin bahagia aq turut merasa bahagia bila mereka sedih aq jua turut sedih bila mereka ketawa gembira aq lagi ketawa gembira….ceritanya ringkas namun apa yang tersirat didalam cerita tu penuh makna….percintaan antara gadis yang bodoh, selalu membawa masalah dengan sorang jejaka yang pendiam, dingin, dan pintar akhirnya sampai ke perkahwinan. Saat yang paling aq suka ialah saat mereka bercium aq sedih sebab cerita ni singkat sahaja tapi aq gembira sebab ia berakhir seperti yang aq inginkan….. saat yang paling menyedihkan bila si hero memutuskan untuk berkahwin dengan perempuan lain saat tu aq rasa aq ingin memberhentikan cerita dan aq ingin sangat mengarahkan cerita tu agar ia sentiasa dalam keandaan bahagia riang dan gembira, namun siapalah aq kan sekadar penonton apatah lagi Negara yang berbeza tapi syabas dan tahniah kepada penulis dan pengarah cerita, kerana cerita ni betul-betul membuatkan aq rasa begitu bahagia dan teruja biar pun 3 malam aq tidak tidur, tapi tidak mengapa sebab aq cukup puas hati dengan cerita ni harap lain kali cerita seperti ini akan ada lagi…hehehe opsss lupa pulak mau bagitau tajuk cerita tu PLAYFUL KISS……

Wednesday, February 9, 2011

PERDANA PARK






Wow cantik Oooo.... tu la kata-kata yang mampu sy ungkapkan tadi mmg cantik.... taman yang cantik ni harap-harap akan kekal kecantikannya, harap-harap semua warga kota kinabalu ni dapat menghagai dan menjaga tempat ni, sebab KITA HANYA MENGHARGAI BILA KITA TELAH KEHILANGANNYA...