Saturday, February 19, 2011

KE MANA AKU MENGHILANG



Rasa macam ada sesuatu yang ndak ngam dalam diri aq….hurm kenapa aarr mungkin sebab aq masih terbawa-bawa lagi dalam cerita, aq dapat rasakan yang aq wujud dalam cerita tu, walaupun aq tidak membawa apa-apa watak tapi aq seolah-olah sebahagian dalam cerita tu, ya jasad aq ada di luar namun roh aq sepertinya tidak bersama jasad aq, ya roh aq sudah terbawa kedalam cerita tu, bila si watak hero & heroin bahagia aq turut merasa bahagia bila mereka sedih aq jua turut sedih bila mereka ketawa gembira aq lagi ketawa gembira….ceritanya ringkas namun apa yang tersirat didalam cerita tu penuh makna….percintaan antara gadis yang bodoh, selalu membawa masalah dengan sorang jejaka yang pendiam, dingin, dan pintar akhirnya sampai ke perkahwinan. Saat yang paling aq suka ialah saat mereka bercium aq sedih sebab cerita ni singkat sahaja tapi aq gembira sebab ia berakhir seperti yang aq inginkan….. saat yang paling menyedihkan bila si hero memutuskan untuk berkahwin dengan perempuan lain saat tu aq rasa aq ingin memberhentikan cerita dan aq ingin sangat mengarahkan cerita tu agar ia sentiasa dalam keandaan bahagia riang dan gembira, namun siapalah aq kan sekadar penonton apatah lagi Negara yang berbeza tapi syabas dan tahniah kepada penulis dan pengarah cerita, kerana cerita ni betul-betul membuatkan aq rasa begitu bahagia dan teruja biar pun 3 malam aq tidak tidur, tapi tidak mengapa sebab aq cukup puas hati dengan cerita ni harap lain kali cerita seperti ini akan ada lagi…hehehe opsss lupa pulak mau bagitau tajuk cerita tu PLAYFUL KISS……

No comments:

Post a Comment