Tuesday, May 10, 2011

ADIK IPAR PUTERA WILLIAM DAPAT TAWARAN BERLAKON


Adik Kate, isteri kepada Putera William yang jugak adik ipar Tuan Putera William, Pippa Middleton telah menarik perhatian dunia apabila mengiringi kakaknya dalam upacara perkahwinan diraja, dilaporkan mendapat tawaran untuk berlakon filem lucah.

Vivid Entertainment turut menawarkan adik lelakinya, James dengan janji bayaran berjuta dolar.

Tawaran dibuat selepas gambar berasingan Pippa dan James didedahkan umum iaitu Pippa yang sedang berparti dirakam memakai coli dan James pula berbogel.

“Saya dapat mengesahkan bahawa Vivid membuat tawaran AS$5 juta (RM14.94 juta) kepada Pippa untuk muncul dalam satu adegan filem akan datang dan tambahan AS$1 juta (RM2.98 juta) kepada adik lelakinya James untuk muncul dalam adegan berasingan,” kata jurucakap Vivid Entertainment kepada E! News.


Bukan hanya gambar parti Pippa yang menarik perhatian Ketua Eksekutif syarikat itu, Steven Hirsch.

“Saya difahamkan, anda adalah bintang sebenar dalam perkahwinan diraja baru-baru ini.
“Ketika saya menyaksikan siaran langsung acara itu, saya tidak dapat mengelak daripada memikirkan kecantikan dan tingkah laku anda. Anda mungkin menjadi bintang filem dewasa yang amat berjaya.

“Untuk satu adegan mengghairahkan, saya dengan berbesar hati menawarkan anda AS$5 juta dan sudah tentu anda boleh memilih pasangan anda. Jika anda mahu membawa bersama adik anda, James, beliau boleh muncul dalam satu adegan berasingan dengan bayaran AS$1 juta.

“Saya berharap anda dapat mempertimbangkan tawaran ini dengan serius dan saya tidak sabar mendengar jawapan anda,” kata Hirsch dalam sepucuk surat kepada Pippa. – Agensi

Sumber Berita Harian

2 comments:

  1. : pergh ! tamau offer org ke , uncle ?? :P

    ReplyDelete
  2. x nak la kena offer klu belakon film mcm ni nanti org nampak segannn....

    ReplyDelete