Saturday, August 20, 2011

HILANG LAGI!!!!


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia salam perpaduan semua...... lama tidak muncul akhirnya kembali lagi hehehe.....bukan apa sekarang sy sibuk sangat-sangat smpai masa untuk sendiri pun kurang balik rumah jak terus terjongkang mata tutup rapat2 bangun2 sudah pagi sambung lagi pergi keja balik lg rumah terus terjongkang hehehe mcm tu la kehidupan gue kebelakangan ni.... sekarang dah ok sikit la banyak masa.... owh lupa nak bagi tau korang semua sya terlibat dengan lakonan n program 1 azam tu yang sibuk sangat2 tu, kalau ada yang berminat nak masuk kursus 1 azam jangan lupa cari sy balik.....

Thursday, June 9, 2011

SIBUK BUZY DAN BLA...BLA....



Hurm penat letih & tak tau apa lagi mau cakap tapi puas jugak la sambil menyelam sambil minum air kalau sempat menyelam tu tangkap sekali ikan-ikan yang ada tu hehehe....


Sebenarnya aq sibuk pasal program 1 AZAM, tempat aq keja ni terlibat sebagai pusat latihan jadi tugas aq mencari sebanyak banyak banyaknya peserta ( haah ko punya banyak aq taip tu) dorang ni di tanggung makan dan minum, tempat tinggal dan pengangkutan untungkan....

Sebanarnya bukan pasal 1 Azam aq nak cerita tapi sejak aq menetap di Sabah ni akhirnya habis sudah semua daerah aq ronda paling last sekali aq sampai ialah Kudat destinasi terakhir di Kudat pulak ialah Simpang Mengayau hehehe....

Macam mana aq boleh ronda 1 Sabah ni?? dulu aq join PBSM (sekarang dikenali sebagai BSMM) aq selalu terlibat program kemasyarakatan macam khidmat masyarakat, jualan bendera dll... sejak kerja ni aq terlibat marketing pulak dari situ la aq boleh ronda Sabah ni kalau harap aq ronda sendiri hurm tak merasa la aq hehehe...


Bandar Kudat ni memang besar jugak la (jangan bandingkan pc acer dengan imac) cuma aq ingat sebelum Simpang Mengayau ni terletak di Bandar Kudat rupa-rupanya 360 darjah silap hahaha.... jauh jugak jalan ke simpang mengayau ni masuk kampung kuar kampung lepas tu masuk lagi kampung kuar tengok ada pantai (tak la jauh sangat jauh sikit jak) tapi sekali sampai sudah di tepi pantai tu terus aq terbayang aq ada di kepulauan Hawai hehehe(trip lebih pulak aq hehehe)


Apa yang best di tempat ni ada banyak pose yang anda boleh gayakan dengan berlatar belakangkan laut biru yang sangat cantik rasanya siapa-siapa sampai sini memang tak akan sah kalau datang tak ambik gambar.... tapi kalau ada peluang aq memang nak datang lagi tapi kali ni aq nak 1 malam stay sini nak rasa angin bayu laut sama teringan nak naik besikal jalan-jalan tepi pantai kat sini pun ada challet kecik untuk di sewa memang sesuai kalau datang ngan BF ke GF ke atau pun mana-mana skandel anda hehehe....


Hari ni 9hb Jun 2011 aq nak BUAT PENGUMUMAN walaupun lewat sikit "AQ DAH HABIS JELAJAH SABAH" rasa macam nak buat tato tarikh pulak di badan ni supaya aq boleh ingat tarikh keramat ni hehehe....

Tuesday, June 7, 2011

William, Kate berpindah ke Istana Kensington


LONDON: Putera William dan isterinya, Catherine akan berpindah ke Istana Kensington, kediaman yang pernah dihuni pewaris takhta Britain itu bersama mendiang ibunya, Puteri Diana dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan Duke of Cambridge dan adiknya, Putera Harry tinggal di istana itu selepas Diana dan Putera Charles bercerai pada 1996, tetapi pasangan pengantin baru itu akan berpindah di lokasi berbeza di kawasan sama.
Jurucakap Istana St James berkata: “Kita mengesahkan yang kediaman rasmi Duke dan Duchess of Cambridge di London adalah bangunan di Istana Kensington.

LONDON: Putera William dan isterinya, Catherine akan berpindah ke Istana Kensington, kediaman yang pernah dihuni pewaris takhta Britain itu bersama mendiang ibunya, Puteri Diana dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan Duke of Cambridge dan adiknya, Putera Harry tinggal di istana itu selepas Diana dan Putera Charles bercerai pada 1996, tetapi pasangan pengantin baru itu akan berpindah di lokasi berbeza di kawasan sama.
Jurucakap Istana St James berkata: “Kita mengesahkan yang kediaman rasmi Duke dan Duchess of Cambridge di London adalah bangunan di Istana Kensington.
“Pelbagai pilihan kediaman jangka panjang masih dipertimbangkan.
“Pasangan itu akan terus menginap di kediaman utama mereka di Anglesey dan pejabat istana masih ditempatkan di Istana St James,” tambahnya.

Pasangan diraja itu kini tinggal di pulau utara Wales di Anglesey dit tempat putera itu berkhidmat sebagai juruterbang mencari dan menyelamat pasukan Tentera Udara British (RAF).

Dalam perkembangan lain, sumber memberitahu New York Post pertemuan pasangan diraja dengan Arnold Schwarzenegger ketika lawatan rasmi ke California tidak akan berlaku.
“Ia tidak akan diteruskan,” kata sumber itu merujuk kepada pertemuan dengan bekas gabenor California yang dilanda skandal anak luar nikah dan perpisahan dengan isterinya Maria Shriver.

William dan Catherine yang terbang ke Los Angeles pada 8 Julai, sebelum ini menimbangkan untuk bertemu Schwarzenegger.

“Penganjur lawatan diraja juga membincangkan pertemuan peribadi pasangan diraja itu dengan Schwarzenegger di kediaman Konsul Jeneral Britain di Los Angeles. Tetapi kini rancangan itu sudah diketepikan,” tambah sumber berkenaan.

Wakil Schwarzenegger menegaskan pertemuan dengan pasangan diraja itu tidak pernah dimasukkan dalam jadual.

“Tiada rancangan menemukan mereka. Memang ada khabar angin dalam internet dan saya tidak tahu dari mana ia datang,” katanya. – Agensi

SUMBER BERITA HARIAN

PESARA TAWAR BERSIH LOJI FUKUSHIMA

TOKYO: Pada umur 72 tahun, Yasuteru Yamada percaya beliau masih mempunyai masa depan yang baik dalam beberapa tahun mendatang.

Malah dengan usianya sekarang, beliau tidak bimbang risiko yang mungkin dihadapi dengan bekerja membersihkan loji nuklear Fukushima yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami.
“Saya akan mati dulu sebelum barah menyerang saya,” kata Yamada yang mengumpulkan lebih 270 pesara dan pekerja tua yang tidak sabar untuk berkhidmat di kawasan yang paling teruk terjejas akibat kerosakan loji nuklear di dunia sejak Chernobyl.

Yamada yang pernah berkhidmat selama 28 tahun di Sumitomo Metal Industries, berkata kerja membersihkan Fukushima masih terlalu kelam kabut, sukar amat wajar diserahkan kepada pengendalinya Tokyo Electric Power.

Beliau mahu melihat kerajaan Jepun mengambil alih tugas di Fukushima dengan kumpulannya yang dipenuhi sukarela dengan kepakaran dalam bidang kejuruteraan am dan pembinaan, sedia berkhidmat tanpa bayaran seperti Palang Merah.

Pegawai kerajaan Jepun secara asasnya masih membisu mengenai cadangan yang dikemukakan.

Pembantu Perdana Menteri Naoto Kan, Goshi Hosono tidak menerima kumpulan sukarela Yamada sebagai kumpulan bunuh diri.
Bagaimanapun dalam mesyuarat akhir Mei di ibu pejabat TEPCO, Hosono nampaknya lebih bersedia menerima cadangan di tengah kebimbangan mengenai risiko kesihatan pekerja muda yang sudah berada di Fukushima.

Tiga pekerja yang tidak dikenali rebah di Fukushima berikutan kepanasan melampau hujung minggu lalu di loji itu. dua pekerja loji itu sudah melepasi paras yang ditetapkan kerajaan untuk pendedahan radiasi, meletakkan mereka berisiko tinggi dijangkiti barah.

“Masalahnya ialah kumpulan pertama pekerja datang kerana wang dan mereka tidak mampu membantah sebarang syarat,” kata Yamada yang mengendalikan projeknya dari pejabat kecil di atas kedai pendandan yang hanya terletak jarak berjalan kaki ke ibu pejabat TEPCO. – Reuters

SUMBER BERITA HARIAN

Sunday, May 29, 2011

KELAS EDITTING....


Hari ini sempat jugak aq m'edit 2 3 keping gambar aq berkat tunjuk ajar sifu Diam Diam Ubi hehehe kalau tak da dia ni entah siapa la yang sanggup ajar aq hasilnya sungguh mengujakan....



Tak sangka rupa-rupanya ada bakat terpendam dalam diri ini hehehe.....ingat orang medic tak boleh buat benda-benda creative ka! orang medic pun pandai buat keja-keja admin, marketing, Hep, finance, kadang-kadang boleh jadi lecturer multimedia hehehe...



Tapi keja paling best urus program la even2 besar memang kalau penat tak terasa punya lah... tambah lagi kalau ada LKNS terlibat confirm mata memang segar bugar punya badan yg lemah bolej jadi gagah dan perkasa, bak kata pepatah melayu "pijak semut pun tak mati" hehehe.....

Tadi masa tengah duduk layan fb ngan edit gambor terasa mencurah-curah pulak idea ni bila menaip ni hilang la pulak segala idea2 ni hurm....okay la tak pa nanti kalau ada idea datang balik saya update belog ni lagi hehehe....

Saturday, May 28, 2011

MODEL YANG TAK SEBERAPA






Dalam kesibuka kota dan kerja yang tak akan pandai habis tu sempat jugak la buat sesi photoshoot hehehe…..walau pun model yang kena pakai ni kurang ensem tapi dia baik hati hahaha memuji pulak….

Hari tu time outstation janji nak update kan haah sekarang baru ada peluang nak update sebab kat tempak keja aq tu sibuk betul sekarang ada macam-macam pelawat la nak datang nasib dorang datang sebab nak bagi fund kalau tak …tutt……… pelawat datang lepas tu ada pulak macam-macam program….. tapi tak apa saya suka kalau buat keja-keja macam ni daripada tepaksa buat memo la surat la atau report benda-benda macam ni aq paling benci nak buat nasib-nasib saja sudah mmg tugas kalau tak ….tutt……… hehehe……

Lepas ni nak pi outstation pi kudat-kota marudu-pitas la pulak lagi hehehe…lepas tu baru nak update lagi belog ni banyak2 supaya korang ada benda nak baca so korang tak la bosan sangat ( amboi macam banguss sangat belog dia ni ) pic yang kita ambik time photo shoot ni belum di edit lagi sebab tak cukup masa hehehe anyway harap korang enjoy weekend ni....



Add Image



kepada warga SABAH SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAMATAN kepada warga SARAWAK SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI……. walaupun kita berlainan bangsa berbeza agama, negeri atau apa jua warna kulit kita tapi kita hidup dalam negara yang sama ibarat kita hidup dalam sebuah boat kalau ada yang gundah pasti semua terasa ketidak seimbangannya, bersama-sama lah kita mengekalkan keamanan negara ini "Mr Abang2 @ Takeshi Suka Keamanan"....(ewah ewah....macam kata-kata pemimpin pulak)....

Tuesday, May 24, 2011

TAK TAU NAK CAKAP APA

Suara tak keluar, lidah terkelu, rasa macam dunia ni berhenti seketika…..alangkah indahnya kalau setiap bulan perasaan ini wujud hehehe….

BONUS DAH MASUK!!!! Tu yang aq nak cakap hahaha….. Terima Kasih tempat keja aq sebab sudi bagi kitaorang bonus sebagai balasan kitaorang akan kerja lebih untuk dapat bonus yg lebih lagi hehehe….