Sunday, May 8, 2011

HARI-HARI ADALAH HARI IBU


Hari ini 08.05.2011 minggu kedua bulan mei merupakan hari ibu….radio dan tv memainkan propagandanya dalam mengingatkan hari ibu, di FB juga penuh dengan ucapan hari ibu, tidak kurang juga ada yang menghubungi ibu mereka dan berbual panjang sempena hari ibu ini, tapi bagi aq hari-hari merupakan hari ibu selagi tubuh ini masih bernafas jantung ini masih berdenyut maka selagi itu jugalah hari ibu, begitu juga dengan ibu sayangnya ibu pada kita tidak bertarikh selagi tubuh tuanya masih bernafas, jantungnya masih berdenyut selagi itu ibu masih menyayangi kita….jadi hari ibu bukan sehari sahaja dalam setahun tapi hari-hari adalah hari ibu….untuk mu ibu….

yang banyak berjasa pada aku

yang telah mengandungkan aku 9 bulan

yang telah menjaga kala aku demam atau sihat

yang tidak kenal erti mengalah dalam melayan karenah aku

yang setia disamping aku kala aku berduka atau sakit

yang telah melahirkan aku kedunia

AKU AKAN SENTIASA MENYANYANGI MU

SEKS DAN STROK


Aktiviti biasa seperti minum kopi, melakukan hubungan seks atau menghembus hingus boleh mengakibatkan strok bagi mereka yang berisiko.


Akhbar Korean Herald melaporkan sekumpulan penyelidik dari Belanda menemui lapan faktor yang meningkatkan risiko bengkak arteri atau aneurysm pada otak sesetengah pesakit.

Penyelidik dari Universiti Medical Center di Utrecht, Belanda menjalankan kajian terhadap 250 pesakit selama tiga tahun untuk mencari punca faktor berisiko yang meningkatkan tekanan darah dalam tempoh singkat, sekali gus mengakibatkan ‘ledakan’ dalam pembuluh darah.

Aneurysms adalah bengkak arteri yang lazimnya tidak mendatangkan masalah serius tetapi apabila bengkak melarat dan pecah, ia boleh mengakibatkan strok.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan berjudul Strok: Journal of the American Heart Association, mendapati punca utama arteri pecah adalah tabiat minum kopi yang menyumbang kepada 10 peratus kes.

Faktor lain termasuk senaman berlebihan (7.9 peratus), menghembus hingus (5.4 peratus), melakukan hubungan seks (4.3 peratus), meneran ketika membuang air besar (3.6 peratus), minum air berkarbonat (3.5 peratus), terkejut (2.7 peratus) dan marah (1.3 peratus).

Kajian itu mendapati kopi meningkatkan risiko arteri pecah sehingga 70 peratus sementara terperanjat meningatkan risiko kepada 23 kali ganda.
Dr Monique Vlak, yang mengendalikan kajian itu memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) bahawa semua cetusan itu menyebabkan peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba dalam tempoh singkat yang menjadi punca biasa arteri pecah.

“Kajian ini berkaitan dengan mereka yang mempunyai aneurysm otak yang tidak dirawat. Ia sering menyebabkan dindingnya membengkak. Jika pecah, ia akan menyebabkan strok yang dikenali sebagai subarachnoid hemorrhage.

“Ia babitkan pendarahan antara membran yang meliputi otak,” kata Vlak.

Pakar neuro yang juga pakar strok di Universiti Health and Science Oregon, Stanley Barnwell, memberitahu rangkaian Cable News Network (CNN): “Kajian itu hanya membabitkan jumlah pesakit yang kecil dan ia memerlukan kajian lanjut.” – Agensi

Kredit tuk Berita Harian

Saturday, May 7, 2011

PERKAHWINAN DIRAJA VS OSAMA LADEN

Perkahwinan diraja Britian menjadi 10 berita yang top di abad ke-21 tapi tenggelam disebabkan oleh kematian Osama Laden mengikut kajian baru-baru nie....

selepas lebih kurang seminggu En. Barack Obama umumkan musuh besar US ni telah kena tembak sekali guss mati ditempat kejadian berita ni dibaca oleh 84 juta manusia

berita kematian En Osama ni ke-3 top di abad ke-21 nie....(diumumkan oleh Pemantauan Bahasa Global)... perkahwinan diraja pulak duduk di tempat yg ke-5 view 63 juta manusia...paling top duduk tempat yg NO. 1 pulak Kebangkitan China sebagai kuasa politik dan ekonomi China view 300 juta manusia (tahun 2000 punya berita ni...).



kalau ikut kata-kata Pemantauan Bahasa Global 10 berita tertinggi dalam kurun ke 21 ialah kebangkitan China diikuti pilihan raya Obama, kematian Osama, Wikileaks, perkahwinan diraja Britain, kematian Michael Jackson, serangan 11 September 2011 di Amerika, malapetaka di Jepun termasuk gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear, kebangkitan Asia Barat dan kejatuhan ekonomi dunia. – Reuter



OSAMA LADEN


Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden atau nama glamour Osama Laden, lahir pada 28 Jun 1957 di Jeddah, Arab Saudi. Anak ke 17 dari 52 orang. Datang dari keluarga miskin dari Yaman kemudian berpindah selpas perang Dunia ke II. Memulakan kerjaya baru dalam bidang perniagaan pembangunan. Mendapat banyak kontrak bagi pembinaan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Kemudian menjadi paling kaya di Arab Saudi, dianggarkan memiliki aset jutaan $USD. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.

Thursday, May 5, 2011

BODYGUARD CIA ATAU FBI




sempat lg posing maut, sebalah pagi kita orang busy sangat-sangat sebab ada program "Importance of Digital Content Industry for Malaysian Cultural Transformation" aq ari ni ala-ala gaya bodyguard pun ada mcm special agent(FBI/CIA) pun ada, hehehe.... dalam pic ni yg gempal skit tu nama dia Bob yang kureng kasih sayang sikit tu pulak nama dia Fize, apa-apa pun prestasi ari ni baik punya.....

Wednesday, May 4, 2011

KALAU BUSY BEST ATAU TAK??



assalamualaikum...hai apo kabhar??? hehehe time taip ni entry aq baru balik dari keja besuk kita ada event yang sederhana besar...... nak tnya dengan korang kalau kita busy best ke tau x best langsung??? haaa jawab jangan tak jawab.....

kalau aq la kan aq rasa macam best jugak kalau kita busy kita x da la masa nak kutuk-kutuk orang gosip-gosip pendek kata kita x sempat pun nak buat dosa hehehe memang best la keja kalau kita urus-urus program ni.... tp kalu busy pasal keja surat menyurat atau ada report mau di hantar atau macam-macam lg haah ni yg aq paling malas nak buat....bagi la aq urus 10 program apa ja macam mana susah pun aq tetap happy tapi kalau ada 5 surat atau report segala mau di buat aq memang rasa macam mau buang air yg sederhana besar hahahaha.....

okai la nanti kalau ada masa lagi sy update blog, bulan lepas macam x da entry pun kan x pa bulan ni aq bagi banyak sikit la kan hehehe bye...bye...bye....

Tuesday, May 3, 2011

SENYAP JE, MANA HILANG???




Hai assalamualaikum lama sudah nda update kan, nasib belum kena delete lagi blog ni, sebenarnya bukan nda mau update tapi busy memanjang ari tu outstation pi pesta kalimaran di Tenom 5 hari jugak di sana, lepas tu rehat skejap outstation lagi pi pesta regatta lepa di Semporna 8 hari skrg ni baru la ada masa nak update sikit tapi broadband ni lagi buat hal sakit jugak la hati aq ni punya la lembab buka FB pun balik-balik error… hurm waktu promote hari tu bukan main lagi cakap turbo la 3G la & bla..bla…bla… lepas tu dah la lambat pakai quota la pulak dulu kata unlimited quota sekarang ni hantu pulak nda pa nanti aq rasa macam panas lagi aq nak masuk dalam news paper MUKA DEPAN…..

Kita buka la cerita baru hari tu time pi Tenom ada cerita sebalik mee cap 3 udang time snap ambik gambar tiba-tiba ter snap sorang pompuan cantik mula nda la perasaan sangat tapi bila malam time rehat-rehat di hotel bila tengok balik pic dalam camera woww….. ada pulak pic pompuan x di kenali hehehehe so last day aq di Tenom tu aq nekad BERABISSS cari orang tu smpai dapat hehehe akhirnya dapat la facebook dia bukan apa Cuma nak tambah kenalan (padahal mau cari calon tutt……)

Balik dari Tenom rehat beberapa hari sebelum jalan lagi ke Semporna, hehehe be4 jln aq beli Sun Block sebab aq tau Semporna kawasan tepi Laut mesti Panas heheehe…best jugak la diSemporna seafood di sana nda jgak la murah macam orang cakap boleh tahan jugak la harga dia tapi serius memang panas nasib la aq ada beli protection utk kulit aq kalau x balik KK mesti aq serupa orang seberang hahaha….apa yang best di Semporna ialah aq join crew film & documentary pi shooting hehehe merasa jugak la jadi orang film walaupun x dapat jd pelakon….