Saturday, May 7, 2011

PERKAHWINAN DIRAJA VS OSAMA LADEN

Perkahwinan diraja Britian menjadi 10 berita yang top di abad ke-21 tapi tenggelam disebabkan oleh kematian Osama Laden mengikut kajian baru-baru nie....

selepas lebih kurang seminggu En. Barack Obama umumkan musuh besar US ni telah kena tembak sekali guss mati ditempat kejadian berita ni dibaca oleh 84 juta manusia

berita kematian En Osama ni ke-3 top di abad ke-21 nie....(diumumkan oleh Pemantauan Bahasa Global)... perkahwinan diraja pulak duduk di tempat yg ke-5 view 63 juta manusia...paling top duduk tempat yg NO. 1 pulak Kebangkitan China sebagai kuasa politik dan ekonomi China view 300 juta manusia (tahun 2000 punya berita ni...).



kalau ikut kata-kata Pemantauan Bahasa Global 10 berita tertinggi dalam kurun ke 21 ialah kebangkitan China diikuti pilihan raya Obama, kematian Osama, Wikileaks, perkahwinan diraja Britain, kematian Michael Jackson, serangan 11 September 2011 di Amerika, malapetaka di Jepun termasuk gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear, kebangkitan Asia Barat dan kejatuhan ekonomi dunia. – Reuter



OSAMA LADEN


Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden atau nama glamour Osama Laden, lahir pada 28 Jun 1957 di Jeddah, Arab Saudi. Anak ke 17 dari 52 orang. Datang dari keluarga miskin dari Yaman kemudian berpindah selpas perang Dunia ke II. Memulakan kerjaya baru dalam bidang perniagaan pembangunan. Mendapat banyak kontrak bagi pembinaan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Kemudian menjadi paling kaya di Arab Saudi, dianggarkan memiliki aset jutaan $USD. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.

Thursday, May 5, 2011

BODYGUARD CIA ATAU FBI




sempat lg posing maut, sebalah pagi kita orang busy sangat-sangat sebab ada program "Importance of Digital Content Industry for Malaysian Cultural Transformation" aq ari ni ala-ala gaya bodyguard pun ada mcm special agent(FBI/CIA) pun ada, hehehe.... dalam pic ni yg gempal skit tu nama dia Bob yang kureng kasih sayang sikit tu pulak nama dia Fize, apa-apa pun prestasi ari ni baik punya.....

Wednesday, May 4, 2011

KALAU BUSY BEST ATAU TAK??



assalamualaikum...hai apo kabhar??? hehehe time taip ni entry aq baru balik dari keja besuk kita ada event yang sederhana besar...... nak tnya dengan korang kalau kita busy best ke tau x best langsung??? haaa jawab jangan tak jawab.....

kalau aq la kan aq rasa macam best jugak kalau kita busy kita x da la masa nak kutuk-kutuk orang gosip-gosip pendek kata kita x sempat pun nak buat dosa hehehe memang best la keja kalau kita urus-urus program ni.... tp kalu busy pasal keja surat menyurat atau ada report mau di hantar atau macam-macam lg haah ni yg aq paling malas nak buat....bagi la aq urus 10 program apa ja macam mana susah pun aq tetap happy tapi kalau ada 5 surat atau report segala mau di buat aq memang rasa macam mau buang air yg sederhana besar hahahaha.....

okai la nanti kalau ada masa lagi sy update blog, bulan lepas macam x da entry pun kan x pa bulan ni aq bagi banyak sikit la kan hehehe bye...bye...bye....

Tuesday, May 3, 2011

SENYAP JE, MANA HILANG???




Hai assalamualaikum lama sudah nda update kan, nasib belum kena delete lagi blog ni, sebenarnya bukan nda mau update tapi busy memanjang ari tu outstation pi pesta kalimaran di Tenom 5 hari jugak di sana, lepas tu rehat skejap outstation lagi pi pesta regatta lepa di Semporna 8 hari skrg ni baru la ada masa nak update sikit tapi broadband ni lagi buat hal sakit jugak la hati aq ni punya la lembab buka FB pun balik-balik error… hurm waktu promote hari tu bukan main lagi cakap turbo la 3G la & bla..bla…bla… lepas tu dah la lambat pakai quota la pulak dulu kata unlimited quota sekarang ni hantu pulak nda pa nanti aq rasa macam panas lagi aq nak masuk dalam news paper MUKA DEPAN…..

Kita buka la cerita baru hari tu time pi Tenom ada cerita sebalik mee cap 3 udang time snap ambik gambar tiba-tiba ter snap sorang pompuan cantik mula nda la perasaan sangat tapi bila malam time rehat-rehat di hotel bila tengok balik pic dalam camera woww….. ada pulak pic pompuan x di kenali hehehehe so last day aq di Tenom tu aq nekad BERABISSS cari orang tu smpai dapat hehehe akhirnya dapat la facebook dia bukan apa Cuma nak tambah kenalan (padahal mau cari calon tutt……)

Balik dari Tenom rehat beberapa hari sebelum jalan lagi ke Semporna, hehehe be4 jln aq beli Sun Block sebab aq tau Semporna kawasan tepi Laut mesti Panas heheehe…best jugak la diSemporna seafood di sana nda jgak la murah macam orang cakap boleh tahan jugak la harga dia tapi serius memang panas nasib la aq ada beli protection utk kulit aq kalau x balik KK mesti aq serupa orang seberang hahaha….apa yang best di Semporna ialah aq join crew film & documentary pi shooting hehehe merasa jugak la jadi orang film walaupun x dapat jd pelakon….

Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT HARI WANITA


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA YG KE-100, pejam celik pejam celik dah tiba hari wanita sedunia yg ke-100 tak sangkakan sempena sambutan yg ke-100 ni dah bayak yang wanita capai syukur hari ini ramai yang berjaya itu adalah wanita kini wanita bediri sama tinggi duduk sama rendah dengan kaum lelaki, dalam era globalisasi ini ramai wanita dari negara lain yang tidak dapat mengecapi kebebasan maupun politik, perniagaan atau apa jua bidang ini kerana ada lagi segelintir manusia yang masih menidakkan kemampuan wanita, jadi bersyukurlah anda sekalian wanita-wanita di Malaysia kerana di bumi bertuah ini anda adalah wanita yang bertuah kerana anda bebas bersuara, bebas berdiri dimana jua......anda berdiri di bumi yang BEBAS.....sama-sama lah kita menjaga kebebasan ini agar ia akan terus terpelihara.....

Ingin saya ingatkan kepada wanita-wanita setinggi mana anda berdiri sejauh mana anda melangkah anda adalah wanita yang mana bila berkeluarga nanti patuhilah suami anda kerana suami itu ketua keluar hormatilah ia kerana tanpa ia bagaimana mungkin anda akan sampai ke syurga.....walau anda adalah bos di tempat kerja tapi bila dirumah anda adalah isteri yang wajib/patuh kepada arahan suami insyaAllah anda akan menjadi isteri soleha....

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Album : Impian Kasih Munsyid : In-Team

MELIHAT TELATAH RAKAN


hahahaha adoi kenapa la ketawa aq ni tak boleh kontrol.... ye la bila kawan-kawan opis tengok Playful kiss sy pun join tengok sekali nah ko.... ketawa berdekah-dekah memang tak boleh kontrol, cerita ni sy nak bagi 4 1/2 bintang hehehe hampir-hampir nak jadi perfect cuma kadang-kadang tu ada yang boleh di perbaiki lagi tapi saya pun syok sgt dengan cerita ni, walau pun sudah berapa minggu sy habis tenguk tapi smpai sekarang kesan cerita ni tak boleh lupa kadang-kadang tu saya pandai senyum sendirian...argh.....tak apa jugak kan kalau benda tu manis apa salahnya kalau kita ingat jadi tak la bosan sangat hidup kita hehehehe.....