Sunday, August 19, 2012

SELAMAT HARI RAYA

gambar dipinjam....

Ramadhan 1433 hijrah telah berlalu, alhamdulillah kita tidak mensia-siakan bulan yang penuh keberkatan ini walaupun ada yg terlepas tingkatkan usaha insyaAllah semoga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan akan datang insyaAllah.... Ramadhan berlalu syawal menjelma walaupun sedih kerana banyak lagi yang kita terlepas tapi gembira kerana kita akan menyambut hari kemenangan kita esok insyaAllah semoga Allah memberikan kita kesempatan....Pesan Mr Abang2 untuk semua sambutlah Syawal kali ini dengan kesederhanaan teruskan ibadah setelah menjalani latihan keras di bulan ramadhan....

Hahaha hari ini Mr Abang2 sibuk buat kek raya antara kek yang nak dibuat kek batik (wajib), kek lapis batik salad, kek lapis cadbury, kek nakhoda, and yang last kalau larat lagi nak buat kek lapis coklat cheese...insyaAllah....

Akhir kata Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin daripada Mr Abang2 @ Rew Takeshi 

Wednesday, August 8, 2012

LARI SELAGI MAMPU


Assalamualaikum Annyeong Haseyo Walaoweh, Lama tak update macam ada sarang spider sudah dekat sini....hehehe En Abang2 cuma nak bagi tahu semua dekat sini yang En Abang2 akan berada di Kuching SARAWAK pada 9hb hingga 11hb Ogos ni....excited tak terkira sebab nak menjejakkan kaki ke tanah kelahiran, walaupun lahir di Sarawak tapi sejak kecil lagi En Abang2 sudah bermastautin di negeri Di Bawah Bayu, dalam erti kata lain selepas lahir terus kena bawa ke Sabah, jadi jangan tanya En Abang2 Pasar Satok tu di mana? atau tanya Hotel Pullman tu dekat kah dengan waterfront? sebab dalam keadaan sedar dan dewasa ni En Abang2 baru nak jejakkan kaki untuk yang pertama kalinya (time kecil tu x kira, sebab semua dah berubah).