Tuesday, May 8, 2012

BUAT SEORANG SAHABAT


dari seorang yang bernama sahabat

Buat mu seseorang yang ada kala aku berduka atau sedih, yang setia menemani hari-hari ku, yang selalu menasihati ku, walaupun tidak pernah bersua, walaupun tidak pernah mendengar suara walau hanya sekali, walaupun jarak kita beratus KiloMeter, tapi kita rapat di Alam Maya, seorang sahabat yang bernama Ainah Teng Teng walaupun banyak perkataan YANG dan WALAUPUN diantara kita tapi kau adalah sahabat Dunia dan Akhirat....
Kau gambarkan sebuah memori yang indah, kau tangkapkan buat sebuah pelangi yang indah, kau ukirkan sebuah kata-kata yang indah lagi dalam maknanya, kau palitkan sebuah gambar dalam cerita yang indah, kaulah sahabat yang indah kala suka dan duka, kaulah SAHABAT TERINDAH....

BUKAN MUDAH MEMADAM MESEJ DARI MU

pic ni i pinjam

Ayat ni saja aku nak publish, sebenarnya sudah lama aku simpan bila cek-cek balik rupanya ada yang belum aku publish lagi hehehe harap anda semua enjoy baca cerita ni...... :-p

Bagi ku bukan mudah untuk memadam sesuatu mesej tu.....lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal hati.....aku masih menyimpan mesejnya hingga hari ini....tapi ada mesejnya yang tanpa disengajakan sudah terpadam....aku jadi tidak ketentuan akibat kelalaian ku menyebabkan mesej tu terpadam, satu kesalahan yang aku rasakan tidak sepatutnya berlaku walaupun hanya setakat 1 mesej...kerana ia adalah penentu hala tuju hati ku dimasa depan....kesalahan ini umpama aku telah membunuh orang tanpa sengaja atau niat...YA MEMBUNUH HATI ku sendiri.....percayalah walaupun mesej tu telah terpadam tapi aku masih mampu menghafal setiap baris ayatnya....kerana aku sudah menyimpannya didalam kotak HATI ia adalah mesej terakhir yang aku terima 120116.......
kata-kata ni saya buat khas untuk kamu yang pernah bertakhta dihati walaupun ketika ini aku mengembara didalam hutan belantara :

RASA RINDU
bagaimana untuk aku
menyampaikan rasa rinduku
tiada apa yang ada disini
diri ini hanya mampu berpesan
pada angin malam...
dan meluahkan rasa rinduku
pada cengkerik yang cerdik bercerita...
air sungai pun memahami kesedihan
hati aq kala ini
mengharap pada bayu senja hutan
untuk menyampaikan rasa sayang pada mu....

Thursday, May 3, 2012

CERITERA CINTA KITA


ANAK KITA DAH BESAR HUHU....

Ceritera Cinta Kita, mungkin 2 patah ayat didepan dipinjam dari lagu duet Rio Febrian dan Jaclyn Victor tapi kisah ini bukan kisah mereka tapi kisah aku bersama si dia yang berkasih tetapi dilitupi oleh awan mendung menjadikan kami sebuah kisah yang kini tidak lagi menyinar jugak tidak lagi berseri untuk menjadi tatapan umum dan menceriakan suasana, dan ayat dibawah ini apa yang abang coretkan untuk mengimbau kembali kenangan kita :-

~ sayang tau tak bila kita usha-usha di FB?