Sunday, May 29, 2011

KELAS EDITTING....


Hari ini sempat jugak aq m'edit 2 3 keping gambar aq berkat tunjuk ajar sifu Diam Diam Ubi hehehe kalau tak da dia ni entah siapa la yang sanggup ajar aq hasilnya sungguh mengujakan....



Tak sangka rupa-rupanya ada bakat terpendam dalam diri ini hehehe.....ingat orang medic tak boleh buat benda-benda creative ka! orang medic pun pandai buat keja-keja admin, marketing, Hep, finance, kadang-kadang boleh jadi lecturer multimedia hehehe...



Tapi keja paling best urus program la even2 besar memang kalau penat tak terasa punya lah... tambah lagi kalau ada LKNS terlibat confirm mata memang segar bugar punya badan yg lemah bolej jadi gagah dan perkasa, bak kata pepatah melayu "pijak semut pun tak mati" hehehe.....

Tadi masa tengah duduk layan fb ngan edit gambor terasa mencurah-curah pulak idea ni bila menaip ni hilang la pulak segala idea2 ni hurm....okay la tak pa nanti kalau ada idea datang balik saya update belog ni lagi hehehe....

Saturday, May 28, 2011

MODEL YANG TAK SEBERAPA






Dalam kesibuka kota dan kerja yang tak akan pandai habis tu sempat jugak la buat sesi photoshoot hehehe…..walau pun model yang kena pakai ni kurang ensem tapi dia baik hati hahaha memuji pulak….

Hari tu time outstation janji nak update kan haah sekarang baru ada peluang nak update sebab kat tempak keja aq tu sibuk betul sekarang ada macam-macam pelawat la nak datang nasib dorang datang sebab nak bagi fund kalau tak …tutt……… pelawat datang lepas tu ada pulak macam-macam program….. tapi tak apa saya suka kalau buat keja-keja macam ni daripada tepaksa buat memo la surat la atau report benda-benda macam ni aq paling benci nak buat nasib-nasib saja sudah mmg tugas kalau tak ….tutt……… hehehe……

Lepas ni nak pi outstation pi kudat-kota marudu-pitas la pulak lagi hehehe…lepas tu baru nak update lagi belog ni banyak2 supaya korang ada benda nak baca so korang tak la bosan sangat ( amboi macam banguss sangat belog dia ni ) pic yang kita ambik time photo shoot ni belum di edit lagi sebab tak cukup masa hehehe anyway harap korang enjoy weekend ni....



Add Image



kepada warga SABAH SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAMATAN kepada warga SARAWAK SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI……. walaupun kita berlainan bangsa berbeza agama, negeri atau apa jua warna kulit kita tapi kita hidup dalam negara yang sama ibarat kita hidup dalam sebuah boat kalau ada yang gundah pasti semua terasa ketidak seimbangannya, bersama-sama lah kita mengekalkan keamanan negara ini "Mr Abang2 @ Takeshi Suka Keamanan"....(ewah ewah....macam kata-kata pemimpin pulak)....

Tuesday, May 24, 2011

TAK TAU NAK CAKAP APA

Suara tak keluar, lidah terkelu, rasa macam dunia ni berhenti seketika…..alangkah indahnya kalau setiap bulan perasaan ini wujud hehehe….

BONUS DAH MASUK!!!! Tu yang aq nak cakap hahaha….. Terima Kasih tempat keja aq sebab sudi bagi kitaorang bonus sebagai balasan kitaorang akan kerja lebih untuk dapat bonus yg lebih lagi hehehe….

Sunday, May 22, 2011

CAWAN.....



Hai semua.... terimalah, "sudah lama tidak turun ke ladang, tinggi rumput dari padi, sudah lama tidak menaip, pasti kurang trafic blog aq......" hehehe sumbang betull bunyinya pantun ni....tapi tak pa memang saya dilahirkan bukan sebagai seorang tukang buat pantun atau dalam kata-kata barunya adalah pemantun heee..hee...



Untuk entry kali ni bukanlah saya nak cerita pasal pantun tapi sebenarnya cerita mengenai CAWAN sesuatu yang kita gunakan untuk minum minuman yang panas, rasanya siapa-siapa nampak cawan ni mesti akan cakap "eh lama tak nampak cawan macam ni" (ni ayat saya, tak tau pulak ayat korang macam mana)...

So korang tengok la pic cawan ni puas-puas ek sebab cawan yang ni tak seksi atau bentuk dia ganjil cuma cawan yang ni agak klasik sikit hehehe bye...bye... anyway saya tengah outstation sekarang ni so susah sikit la nak update belog ni tapi saya janji lepas abis outstation ni saya akan update belog ni cepat-cepat hehehe....

(credit tuk c ijam sebab sponsor pic)

Tuesday, May 17, 2011

ADA YANG TAK KENA DALAM DIRI KU



Hurm macam ada something dengan diri aq ni.....aq sendiri pun tak tau apa yang tak kena....mungkin aq banyak sangat befikir la ni atau.....shuh...shuh....pergi kau jauh-jauh(perasaan pelik)....jangan kacau aq lagi hehehe....aq dah halau harap dia tak datang balik...




Sejak 2 3 ari ni aq memang lain-lain dari yang lain (pelik tapi benar) adoi harap-harap la semua yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya bukan apa aq ni tak tahan dah la buat aq susah mau tido malam, mandi pun macam ndak basah, makan pula macam nda kenyang.....adoi....adoi......



Sebenarnya yang tak kena dengan aq ni adalah perasaan aq ni lately ni sensitive sangat..... aq pun risau jugak kalau apa yang aq sangka ni betull bukan apa dah lama aq teda perasaan ni so aq risau sangat-sangat, dan takut sangat-sangat tak dapat nak handle hehehe....

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU


Kepada semua guru-guru, Sekolah Rendah/Menengah/Tadika atau pensyarah-pensyarah dekat Kolej atau Universiti terimalah ucapan 'Selamat Hari Guru'...... Tanpa guru setinggi manalah kami mampu berdiri hari ini......

ramai yang tak tau kenapa hari guru ni jatuh pada 16 mei setiap tahun ni adalah cerita disebalik kejadian ni.......

This date was chosen because in the same month in 1956, the Federal Legislative Council of the Malay States had received several suggestions (documents) from the Education Committee regarding Teachers' Day as the base of education in Malaysia. The document, known as the Razak Report, has become the foundation of education in Malaysia ever since. Although it is not an official school holiday, celebrations are usually held on May 16, or earlier, if it falls on a Saturday or Sunday.

Sunday, May 15, 2011

89 ORANG ISTERI

Seorang bomoh dari Nigeria berkata, dia tidak bercadang untuk menambah isteri lagi selepas kahwin 107 kali dan memperoleh 185 anak. Menurut Bello Maasaba, ketaatan adalah ciri paling dihargai pada setiap isterinya. Kini memiliki keluarga lebih 5,000 orang, Bello, 87, mendakwa dia diperintah Tuhan menjadi bomoh dan kerap bertukar isteri pada 1970-an. “Saya hanya berkahwin dengan seseorang wanita selepas mendapat wahyu. “Jika bukan kerana perintah Tuhan, dua isteri mencukupi untuk saya,” katanya kepada akhbar Los Angeles Times, semalam.


Bagaimanapun, keputusan Bello itu menyebabkan pertikaian kepada pihak berkuasa Islam di tempatnya di Bida, Nigeria. Menurut syariat Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan memiliki empat isteri pada satu-satu masa.

Justeru, kerajaan menahan Bello pada September 2008 dan menyumbatnya ke penjara selepas dia enggan menceraikan 82 isterinya dan meneruskan perkahwinan dengan empat isteri saja.

Mahkamah Tinggi Nigeria kemudian bersidang dan membenarkan Bello dibebas selepas 57 isterinya mengaku mereka berkahwin atas kehendak sendiri. Kini, Bello hidup bertemankan 89 isteri dalam bangunan 89 bilik.

Pasangan paling muda Bello berusia 19 tahun, manakala tertua 64 tahun. Sembilan daripada isterinya mati dan 12 lagi diceraikan kerana ingkar.Daripada 185 anak, cuma 133 waris Bello masih hidup. Sebagai bomoh, Bello melarang anaknya mendapatkan rawatan di hospital apabila sakit, sebaliknya dia sendiri cuba mengubati mereka. “Jika sakit, mereka mesti memberitahu saya dan berdoa, tapi sesetengah isteri saya kurang yakin,” katanya.

Pada ketika tertentu, kata Bello, ada isterinya yang membawa anak mereka ke hospital tanpa pengetahuannya.“Akhirnya tubuh mereka akan membengkak dan mati,” katanya. - DM


petikan Harian Metro

Thursday, May 12, 2011

JANJI SEMALAM


Kalau semalam aq ada janji dengan anda semua usah risau atau gusar janji itu pati akan aq tepati hehehe.....ni hah pic kami dengan pelakon n pengarah terkenal tu hehehe okai la entry kali ni pun tak lah panjang sangat sebab penat sikit ari ni hehehe lagi pun time update entry ni baru balik rumah hehehe....

JOM JOIN CONTEST

SYARAT-SYARAT CONTEST FOTO AKSI PALING COOL

1. Korang haruslah follow blog abang2.blogspot.com..bagi yang belum follow la...supaya senang korang tahu perkembangan contest ni...

2. Letakkan banner contest dalam entry mengenai contest..biasa la kan..

3. Then, letakkan pic ‘Aksi paling cool’yang korang rasa kengkonon paling kool ah.

4. Tuliskan kisah di sebalik yang terjadi ketika pic tersebut diambil. Tidak perlu la panjang-panjang. Sedang-sedang saja pun okey.

5. Entry tu kenalah diakhiri dengan kata-kata saya suka follow abang2.blogspot.com kerana………(sambung ayat ini dengan ayat anda yg paling kreatif tidak lebih 25 patah perkataan)

6. Kemudian, tag kan 5 orang kawan anda dan pastikan dorang tahu bahawa dorang telah ditagged.

7. Then, link kan entry korang dekat comment okey..

8. Hadiah untuk contest ni ialah PERCUTIAN SEHARI KE PULAU MANUKAN UNTUK SEORANG. Hehehe tapi jangan risau..bukannya pergi seorang..pegi together la dengan geng-geng abang2.blogspot.com yang lain.

9. Percutian ini dirancang akan berjalan pada sekitar 11/6/11 sehingga 11/7/11. Jadi, sekiranya anda rasa tidak available pada tempoh tersebut maka kemungkinan besar abang2 akan replace pemenang tadi dengan yang baru. Iya la kan…trip tu pun together dengan geng-geng abang2 yang lain..so tarikh tidak boleh jauh sangat diubah.

PENAT TAPI PUAS

Kali ni entry ayat tidak panjang macam selalu dan tidak diiringi dengan gambar cuma saya nak bagi tahu pada sekalian alam saya penat sebab siang tadi tempat kerja saya ada kunjungan dan penyerahan pelajar ke UniKL dari Kolej Yayasan Sabah untuk program Diploma Animasi dan apa yang puas program berjalan dengan lancar ditambah lagi dengan kehadiran pelakon dan pengarah terkenal Ahmad Idham dan rakan beliau juga seorang pelakon Azhar Sulaiman sempat jugak kami ambil pic tapi besok sjalah saya uplode hehehe penat sangat sampai tak larat untuk uplode sekarang hehehe bye saya nak rehat dulu....