TENTANG SEX
SEKS adalah satu unsur yang boleh membantu kecemerlangan anda. Justeru, kemampuan untuk meletakkannya pada perspektif yang betul penting supaya ia menjadi seperti garam secukup rasa dalam hidup.
Jika mengambilnya secara berlebihan atau melampaui batas, anda akan terbabas di dunia dan akhirat. Apa yang saya tulis ini bukan sangat tips mengenai seks, tetapi lebih kepada peringatan mengenainya. Seks membicarakan mengenai jantina serta sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Antara hikmah penciptaan Allah, kita perlu menggunakannya secara betul. Kita menghormati mereka yang berlainan jenis dan tidak menzalimi mereka. Seks juga membicarakan kehendak nafsu syahwat agar akhirnya kita mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya.
1. Nafsu seperti layang-layang.
Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ia suatu pemandangan mengasyikkan! Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mengasyikkan? Ia disebabkan benangnya mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu. Akhirnya, tersadai di tempat yang tidak menentu, menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus daripadanya manusia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.
2. Seks adalah keperluan fitrah.
Insan perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru, dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun, keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak fitrah, tetapi mencantikkannya. Contohnya, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah bermaksud: "Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu." (Surah al-Baqarah, ayat 223). Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas diharamkan kerana kemudaratannya.
3. Seks adalah amanah.
Tubuh adalah amanah anugerah Allah. Justeru, anggota seks juga adalah amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang, kemudian dia meletak dan menggunakannya sesuka hatinya? Pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak jujur! Demikian juga dengan alat kelamin. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata: "Amanah adalah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini, Allah akan memelihara diri dan keturunannya!".
4. Seks bukan sekadar memuaskan nafsu.
Seks yang sebenarnya adalah hubungan kerohanian dan fizikal yang terjalin antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal. Ia dinaungi landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan Ilahi. Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Allah berfirman bermaksud: “Antara tanda kebesaran Allah adalah Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan-Nya antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah ar-Rum ayat 21).BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik penting untuk menghasilkan seks bermanfaat. Untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati dalam hidup, iaitu, kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.
5. Seks yang halal adalah ibadah.
Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis :"Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala? Bersabda Nabi Muhammad: Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala!" (Hadis riwayat Muslim)
6. Tidak cukup sekadar memakai kondom.
Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Penting bagi mereka memakai kondom agar kaum Hawa terpelihara daripada HIV/Aids. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Ia walaupun dilakukan dengan reda adalah haram dan berdosa.
7. Zina ada padahnya .
Antara padahnya kesan negatif di sudut emosi. Dr David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, Scotland membuat kajian selama 10 tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan positif dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan. Malah, kadang kala mereka seperti ini mengalami perubahan negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil daripada perbuatan itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10 March 1999)Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Nabi Muhammad bersabda:
"Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperoleh di dunia adalah hilangnya seri pada wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka!" (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim).
Oleh Dr Danial Zainal Abidin
Monday, November 30, 2009
Friday, November 6, 2009
kisah kasih 7251364
7251364 dendangan X factor sungguh enak didengar sekarang ni, macam tautau je lagu ni aku call orang tak dapat-dapat ingat tadi nak sembang-sembang dengan orang tu ni tak dapat pula tak tau lagi nak buat apa ish… keluh hati kecil ku. Adahkah bait-bait lagu mungkinkah sedang merindu atau membenci itu ada betulnya tapi bila pula kami brecinta kalau dulu mungkin betul tapi kalau sekarang ni memang dah takde sejak 3 tahun yang lepas lagi kami dah putus tu pun putus bukan ada cakap putus, putus macam tu saja kami diam-diam yelah kami kan time becinta malu-malu cakap kalau dalam fon macam-macam nak tu lah nil ah tapi bila dah jumpa tup-tup sama-sama malu taktau nak cakap apa… mungkin tulah kalau orang muda-muda lagi bercinta kata orang cinta monyet tapi seruan hati ini memeng betul mengatakan cinta padanya sehingga hari ini aku memang takde perasaan kat sapa-sapa hanya dia saja yang punya tempat di hati ini, mencintai masa dulu lah sekarang ni dah taktau lagi aku lebih rela kalau aku diam-diam tak fikir pasal hati dan perasaan tapi kadang-kadang bila tengok orang pandai pulak hati ni cemburu tapi saja aku buang jauh-jauh perasaan tu aku tak suka cinta-cinta ni bikin pening kepala ja, kan senang kalau kita single takde yang nak di risaukan nikan lagi tengah study tahun akhir nak focus betul-betul taknak ada yang buat kepala ni kusut, argh…. Malas la nak ingat balik masa lampau ni.
BAB 1
Pada pagi tue Danial bangun tergesa-gesa mungkin kerana lewat tidur memikirkan soal hati dan perasaannya, dia tidak sempat bersarapan terus berkejar ke Kolej tempat dia belajar, datang ja terus masuk kelas sitologi ii subjek yang mempelajari tentang tisu-tisu manusia, semangatnya hatinya kuat membara untuk habis belajar nak buka makmal sendiri yelah buat niaga sendiri tak perlu nak takut kena pecat hidup pun kan tangan sendiri. Lepas kelas dia terus ke tiara sebuah restoran tempat dia dan kawan-kawanya selalu lepak menghabiskan masa menunggu kelas, malangnya hari tue tiada seorangpun rakan lepaknya kelihatan dilihatnya pada telefon bimbitnya terus didailnya ujai seorang sahabatnya yang baik juga temannya yang banyak membantunya dalam membuat assignment, belum pun sempat dia mendail si ujai dah dating dengan tersenyum lebar . “ingat tak datang kelas tadi Jai?”ujar Danial, “malaslah nak datang kelas tadi awal sangat jam lapan tak sempat bangun pun “ ujai tersenyum lebar dengan alasannya, mereka berdua tersenyum sendiri , mereka menghabiskan masa dua jam dengan borak kosong sambil diselang-seli dengan gelak ketawa.
Wednesday, November 4, 2009
apa yang lawak
Lawak hari ini tajuknya : Selamat Pagi Cikgu.
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat,
lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Subscribe to:
Posts (Atom)