Thursday, February 14, 2013

Perbualan pasangan


Perbualan pasangan

A : ada pesanan nak minta beli apa?

B: nanti bila?

A: nanti di Singapore……kain ka? Tudung ka?

B: ada…

A: Apa?

B: take care….tu saja…..

A: speechless….. (nangis babe)

Sunday, August 19, 2012

SELAMAT HARI RAYA

gambar dipinjam....

Ramadhan 1433 hijrah telah berlalu, alhamdulillah kita tidak mensia-siakan bulan yang penuh keberkatan ini walaupun ada yg terlepas tingkatkan usaha insyaAllah semoga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan akan datang insyaAllah.... Ramadhan berlalu syawal menjelma walaupun sedih kerana banyak lagi yang kita terlepas tapi gembira kerana kita akan menyambut hari kemenangan kita esok insyaAllah semoga Allah memberikan kita kesempatan....Pesan Mr Abang2 untuk semua sambutlah Syawal kali ini dengan kesederhanaan teruskan ibadah setelah menjalani latihan keras di bulan ramadhan....

Hahaha hari ini Mr Abang2 sibuk buat kek raya antara kek yang nak dibuat kek batik (wajib), kek lapis batik salad, kek lapis cadbury, kek nakhoda, and yang last kalau larat lagi nak buat kek lapis coklat cheese...insyaAllah....

Akhir kata Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin daripada Mr Abang2 @ Rew Takeshi 

Wednesday, August 8, 2012

LARI SELAGI MAMPU


Assalamualaikum Annyeong Haseyo Walaoweh, Lama tak update macam ada sarang spider sudah dekat sini....hehehe En Abang2 cuma nak bagi tahu semua dekat sini yang En Abang2 akan berada di Kuching SARAWAK pada 9hb hingga 11hb Ogos ni....excited tak terkira sebab nak menjejakkan kaki ke tanah kelahiran, walaupun lahir di Sarawak tapi sejak kecil lagi En Abang2 sudah bermastautin di negeri Di Bawah Bayu, dalam erti kata lain selepas lahir terus kena bawa ke Sabah, jadi jangan tanya En Abang2 Pasar Satok tu di mana? atau tanya Hotel Pullman tu dekat kah dengan waterfront? sebab dalam keadaan sedar dan dewasa ni En Abang2 baru nak jejakkan kaki untuk yang pertama kalinya (time kecil tu x kira, sebab semua dah berubah).


Sunday, July 1, 2012

TAK MANDI RASA BASAH, TAK MAKAN RASA KENYANG, TAK TIDUR TAPI TAK RASA MENGANTOK

Wow hebat tajuk kali ni, sebenarnya tajuk tu bukan mengagambarkan keadaan saya time ni pun....semua tu fake semata-mata, apa yang saya rasa ialah kecewa frust....setiap kali buka laman muka buku kalau nampak status dia saya rasa sangat-sangat sedih entahla mungkin juga atau sebenarnya saya rasa geram tak pun mungkin juga saya rasa terkilan.....apa pun perasaan tu harus dibuang jauh-jauh tapi macam mana nak buang saya bukan jenis hipokrit yang boleh membuang perasaan tu semudah membuang kertas kedalam tong sampah atau semudah membuang ludah ke dalam longkang....

Tapi apakan daya jika takdir sudah begitu....kita sebagai hambaNya haruslah menerima seadanya ketentuan yang telah tertulis buat kita, dan saya percaya setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya, cuma biarlah masa yang menentukan.

Untuk orang itu terimalah lagu ini,

Oh Kekasihmu ini akan merasa gembira,
Andai dapat bersama untuk selama-lamanya,
Hanya untuk menyayangimu,
Hanya untuk bercinta lagi,

Andai engkau berduka,
Aku yang pertama di sisi,
Andai engkau bahagia,
Akukan terus berdoa,

Semoga suatu masa,
Pintu hatimukan terbuka,
Dan kita akan kembali,
Bercinta lagi.................

Dan untuk itu, mungkin lagu ini lebih sesuai untuk mu dan untukku jua,

Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yg tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yg kucari slama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yg panjang dalam hidupku

Seandainya aku akan bercinta lagi dengan mu mungkin pada waktu itu TAK MANDI PUN RASA BASAH, TAK MAKAN PUN RASA KENYANG, TAK TIDUR TAPI TAK MENGANTOK

Sunday, June 3, 2012

KESEPIAN ADALAH JIWA TANPA PASANGAN

bosan bosan n bosan tu ja yg aq tau nak luah....sebenarnya aq takde mood lagi nak menaip dah la xde mood tambah lagi xde idea hahaha macam nak gila pun ada sekarang usaha nak siapkan novel alih-alih yang siap sehelai je tu bukan novel cerpen pun x sampai hahaha Mr Abang2 please kembalikan n keluarkan idea-idea mu yang dulu tu agar ada gak yang boleh menyerikan blog aq nihh...tapi anda jangan susah hati ni gambar aq sama ilham saja nak korang semua dengki n cepat-cepat buat baby yang comel macam ni.....hehehe....

Tuesday, May 8, 2012

BUAT SEORANG SAHABAT


dari seorang yang bernama sahabat

Buat mu seseorang yang ada kala aku berduka atau sedih, yang setia menemani hari-hari ku, yang selalu menasihati ku, walaupun tidak pernah bersua, walaupun tidak pernah mendengar suara walau hanya sekali, walaupun jarak kita beratus KiloMeter, tapi kita rapat di Alam Maya, seorang sahabat yang bernama Ainah Teng Teng walaupun banyak perkataan YANG dan WALAUPUN diantara kita tapi kau adalah sahabat Dunia dan Akhirat....
Kau gambarkan sebuah memori yang indah, kau tangkapkan buat sebuah pelangi yang indah, kau ukirkan sebuah kata-kata yang indah lagi dalam maknanya, kau palitkan sebuah gambar dalam cerita yang indah, kaulah sahabat yang indah kala suka dan duka, kaulah SAHABAT TERINDAH....

BUKAN MUDAH MEMADAM MESEJ DARI MU

pic ni i pinjam

Ayat ni saja aku nak publish, sebenarnya sudah lama aku simpan bila cek-cek balik rupanya ada yang belum aku publish lagi hehehe harap anda semua enjoy baca cerita ni...... :-p

Bagi ku bukan mudah untuk memadam sesuatu mesej tu.....lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal hati.....aku masih menyimpan mesejnya hingga hari ini....tapi ada mesejnya yang tanpa disengajakan sudah terpadam....aku jadi tidak ketentuan akibat kelalaian ku menyebabkan mesej tu terpadam, satu kesalahan yang aku rasakan tidak sepatutnya berlaku walaupun hanya setakat 1 mesej...kerana ia adalah penentu hala tuju hati ku dimasa depan....kesalahan ini umpama aku telah membunuh orang tanpa sengaja atau niat...YA MEMBUNUH HATI ku sendiri.....percayalah walaupun mesej tu telah terpadam tapi aku masih mampu menghafal setiap baris ayatnya....kerana aku sudah menyimpannya didalam kotak HATI ia adalah mesej terakhir yang aku terima 120116.......
kata-kata ni saya buat khas untuk kamu yang pernah bertakhta dihati walaupun ketika ini aku mengembara didalam hutan belantara :

RASA RINDU
bagaimana untuk aku
menyampaikan rasa rinduku
tiada apa yang ada disini
diri ini hanya mampu berpesan
pada angin malam...
dan meluahkan rasa rinduku
pada cengkerik yang cerdik bercerita...
air sungai pun memahami kesedihan
hati aq kala ini
mengharap pada bayu senja hutan
untuk menyampaikan rasa sayang pada mu....